Dewan Rakyat lulus RUU Perbekalan 2022 Kementerian Perpaduan Negara

Halimah ketika menjawab soalan pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri sempena Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen hari ini. - Foto Bernama
Halimah ketika menjawab soalan pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri sempena Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat pada Selasa meluluskan peruntukan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2022 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Perpaduan Negara sebanyak RM342.5 juta.

RUU peringkat jawatankuasa itu diluluskan menerusi undian suara selepas mendapati lebih suara bersetuju berbanding tidak bersetuju.

Sebelum itu, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Seri Halimah Sadique menggulung perbahasan mewakili kementeriannya.

Secara keseluruhan 23 ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan membabitkan kementerian berkenaan.

Artikel Berkaitan: