'Tarik semula kelulusan lesen kilang bateri'

Penduduk melakukan bantahan di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Selasa.
Penduduk melakukan bantahan di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Penduduk Jenjarom di sini mengulangi bantahan rancangan pembukaan semula sebuah kilang bateri plumbum di kampung berkenaan yang dibimbangi memberi kesan pencemaran kepada mereka.

Bantahan itu dinyatakan menerusi penyerahan memorandum kepada Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari agar Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor menarik semula kelulusan lesen perniagaan syarikat terbabit.

Memorandum diserahkan oleh wakil penduduk, Mohd Nazri Afrizal kepada wakil Menteri Besar di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini kira-kira jam 10.30 pagi Selasa.

Mohd Nazri berkata, kilang berkenaan pernah ditutup pada tahun 2019 apabila hasil siasatan agensi dan jabatan berkaitan mendapati terdapat kesan pencemaran susulan operasi di premis terbabit.

Namun menurutnya, menerusi mesyuarat bersama MPKL pada 20 September lalu, pihak terlibat memaklumkan MMKN Selangor telah bersetuju untuk membenarkan semula operasi kilang berkenaan.

Mohd Nazri (dua dari kanan) menyerahkan memorandum kepada wakil Menteri Besar di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Mohd Nazri (dua dari kanan) menyerahkan memorandum kepada wakil Menteri Besar di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

"Jangan lihat nyawa dan kesihatan kami satu perkara ringan kerana generasi kami perlu dijaga bermula sekarang, ini harapan yang saya bawa kepada penduduk kampung," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan memorandum itu pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Bantah buka kilang bateri plumbum

NGO pertikai kilang bateri atas tanah industri sederhana

Kilang bateri diarah pindah jika ada pencemaran plumbum

Dalam pada itu, beliau berharap MMKN membuat semula ketetapan untuk tidak memberikan lesen operasi kepada pembukaan kilang bateri terbabit di kawasan Jejarom atau berdekatan dengan kawasan penempatan penduduk.

Artikel Berkaitan:

Dalam masa sama, beliau menggesa MMKN mengemukakan semua laporan hasil kajian enam buah agensi kerajaan pada tahun 2019 yang membawa kepada keputusan membatalkan lesen kilang itu sebelum ini.

Untuk rekod, pada 2019, kilang berkenaan telah diarah tutup serta-merta oleh kerajaan Selangor sehingga siasatan terhadap pencemaran asid dan plumbum yang didakwa berpunca dari premis itu selesai.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Hee Loy Sian berkata, kilang bateri itu turut dikenakan enam kompaun berjumlah RM12,000.

Pada 24 September lalu, Mohd Nazri mewakili penduduk Jenjarom bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantah rancangan pembukaan semula sebuah kilang bateri plumbum.

Bantahan itu dinyatakan menerusi satu perhimpunan aman yang diadakan di hadapan kilang terbabit selepas sesi libat urus yang berlangsung di Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL).