Banjir kilat: 150 sukarelawan bantu kerja pembersihan

Keadaan banjir kilat yang melanda Bukit Belacan pada Isnin. - Foto ihsan FB Mohd Sharif (Gambar kecil: Mohd Khairuddin)
Keadaan banjir kilat yang melanda Bukit Belacan pada Isnin. - Foto ihsan FB Mohd Sharif (Gambar kecil: Mohd Khairuddin)
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 150 sukarelawan Team Selangor dan Program Sukarelawan Selangor (Serve) digerakkan bagi membantu kerja-kerja pembersihan di beberapa kawasan sekitar Ampang yang dilanda banjir kilat pada Isnin.

Exco Pembangunan Generasi Belia dan Sukan dan Pembangunan Insan Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, kejadian itu mengejutkan berikutan kawasan berkenaan tidak pernah dilanda banjir teruk sebelum ini.

"Sukarelawan juga sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan susulan kejadian berkenaan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Santuni Rumah Kebajikan/Pemulihan di Selangor yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, di sini, pada Selasa.

Mohd Khairuddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai persediaan sukarelawan oleh kerajaan Selangor bagi membantu kerja-kerja pembersihan di kawasan yang terjejas sekitar Ampang susulan kejadian banjir kilat itu.

Dalam kejadian berkenaan, kira-kira 258 mangsa terlibat perlu ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Lembah Permai setakat pukul 10.20 malam pada Isnin.

Penolong Pegawai Daerah Hulu Langat, Muhammad Razif Ruba’Ai berkata, sebanyak 64 buah rumah terkesan akibat bencana itu.

ARTIKEL BERKAITAN:Banjir kilat terburuk landa Bukit Belacan

Artikel Berkaitan: