Zii Jia tewas lagi

Lee Zii Jia
Lee Zii Jia
A
A
A

PERSEORANGAN lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia terkandas pada pusingan pertama Terbuka Indonesia selepas ditunjuk jalan keluar oleh pemain bukan pilihan Rasmus Gemke dari Denmark.

Pada perlawanan tersebut Zii Jia bermula baik apabila memenangi set pertama 21-13 namun terpaksa akur kepada Gemke yang berjaya memenangi dua set seterusnya 23-25, 16-21 dalam perlawanan yang berlangsung selama satu jam tujuh minit.

Kekalahan itu merupakan kekalahan kedua Zii Jia tahun ini kepada pemain Denmark itu, yang mana sebelum ini mereka pernah bertemu pada pusingan pertama Masters Indonesia namun juara All England itu terpaksa menarik diri gara-gara belum sembuh dari kecederaan yang dialaminya sebelum ini.

Dalam pada itu, beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah menepati ramalan meneruskan kemaraan ke pusingan kedua Terbuka Indonesia apabila menumbangkan pasangan Sepanyol, Clara Azumendi-Beatriz Corrales 22-20, 21-19.

Pemain pilihan kelapan kejohanan itu bakal bertemu pasangan tuan rumah, Febriana Dwipuji Kesuma-Amalia Cahaya Pratiwi pada pusingan kedua esok.

Terdahulu, pasangan beregu campuran profesional, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing turut layak ke pusingan kedua kejohanan itu selepas menumbangkan rakan senegara, Goh Soon Huat, Shevon Lai dengan kemenangan straight set 22-20, 21-17.

Soon Huat-Shevon Lai akan bertemu pasangan tuan rumah, Adnan Maulana- Mychelle Crhystine Bandaso bagi merebut slot ke suku akhir.

Dalam perkembangan lain pasangan beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani juga lolos ke pusingan kedua Terbuka Indonesia selepas menewaskan pasangan Perancis, Christo Popov-Toma Junior Popov straight set 22-20,21-10 dalam perlawanan yang berlangsung selama 38 minit.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, tugas berat menanti pasangan negara itu, apabila dijadual bertembung pemegang pingat emas Olimpik Tokyo 2020, Lee Yang- Wang Chi-Lin yang berjaya menewaskan beregu lelaki professional negara, Goh V Shem-Low Juan Sheng 21-14, 21-16.