X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 24 Mei 2022

Sindiket proses, edar dadah didalangi warga asing tumpas

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Yahaya Othman (dua dari kiri) menunjukkan dadah dan peralatan memproses dadah yang dirampas dalam serbuan di ibu kota pada Rabu.
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menumpaskan sindiket pemprosesan dan pengedaran dadah yang didalangi warga asing menerusi serbuan di dua lokasi di ibu kota pada Rabu.

Sindiket yang aktif sejak Julai lalu berjaya dibongkar menerusi serbuan yang dijalankan serentak oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman berkata, sindiket berkenaan dipercayai menjalankan kegiatan memproses dan mengedar dadah jenis heroin, syabu dan ganja untuk pasaran tempatan.

Menurutnya, serbuan yang dijalankan bermula sekitar jam 2.30 petang di dua lokasi sekitar Kuala Lumpur berjaya memberkas enam suspek.

"Serbuan pertama melibatkan sebuah premis haram di Batu 3 1/2 Lebuhraya Seremban Kuala Lumpur di aman tiga lelaki tempatan dan seorang lelaki warga asing berumur antara 24 hingga 38 tahun diberkas.

"Dalam serbuan itu, polis merampas 58 kilogram (kg) ganja bernilai RM145,000, 11kg heroin (RM147,000), 181 gram heroin (RM16,920), 2.6kg methamphetamine (RM93,600), 50kg kafein (RM17,000) serta pelbagai peralatan dan perkakas memproses dadah," katanya ketika sidang akhbar di Pusat Media, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Selasa.

Yahaya berkata, polis juga menyita sebuah kereta jenis Perodua Myvi, sebuah Perodua Alza dan sebuah Perodua Bezza.

"Nilai rampasan dadah adalah sejumlah RM419,920, manakala nilai sitaan harta RM119,000," katanya.

Tambah beliau, dalam serbuan kedua di Kampung Udara Lebuhraya Seremban di Brickfields, polis menahan seorang lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warga asing berumur antara 21 hingga 25 tahun, namun tiada rampasan yang dilakukan.

"Setakat ini siasatan lanjut mengenai kes ini masih lagi dijalankan," katanya.

Katanya, ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati lima suspek positif dadah.

"Kesemua suspek direman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah selama tujuh hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!