Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak

No Image Caption
A
A
A

Pemandangan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang tersergam indah di bandaraya Kuching.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas esok di Kuching menandakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 semakin hampir.

Mesyuarat yang akan dipengerusikan Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh antara lain bertujuan membincangkan tarikh penting PRN itu seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan persiapan lain bagi melaksanakan pilihan raya tersebut dan satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat itu.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 3 November berkenan menamatkan Proklamasi Darurat bagi Sarawak, yang berkuat kuasa sejak 2 Ogos lalu. Penamatan Proklamasi Darurat itu secara tidak langsung memberi laluan kepada PRN Sarawak diadakan setelah tempoh mandat kerajaan negeri Sarawak tamat pada 6 Jun lalu.

Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 5 November mengumumkan bahawa Dewan Undangan Negeri Sarawak telah terbubar berkuat kuasa 3 November, selaras perkenan Yang di-Pertuan Agong, sekali gus memberi laluan kepada PRN Sarawak. - Foto Bernama.

Artikel Berkaitan:
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Hiasan dekorasi suasana perayaan

No Image Caption
GALERI

Permainan Wau LED

No Image Caption
GALERI

Nuzul Al-Quran

No Image Caption
GALERI

Tinjauan Nuzul Quran