X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 23 Januari 2022

Tiga penyeludup beras, minyak masak ditahan

Antara barang yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Alor Lenggok, Pasir Mas pada Isnin.
A
A

PASIR MAS - Tiga lelaki dipercayai geng penyeludup minyak masak dan beras di Thailand dan Malaysia ditahan di sebuah rumah di Kampung Alor Lenggok, di sini pada Isnin.

Turut dirampas dalam serbuan pada jam 11.59 malam ialah 48 guni beras Siam pelbagai jenama seberat 1,300 kilogram dan 104 kotak minyak masak seberat 1,768 kilogram.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, kesemua suspek yang ditahan berusia 26, 27 dan 32 tahun.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku menyimpan minyak masak tersebut untuk diseludup masuk ke negara jiran manakala beras diseludup masuk dari Thailand untuk pasaran tempatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambah beliau, tangkapan dan barang kes akan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pasir Mas dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk tindakan lanjut.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!