X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 25 Mei 2022

5,594 kes baharu Covid-19 hari ini

Sebanyak 5,594 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Selasa.
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Jumlah kes baharu Covid-19 merekodkan peningkatan dengan 5,594 kes hari ini berbanding 4,885 kes semalam, menjadikan jumlah kes kumulatif Covid-19 kini 2,597,080, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau memberitahu, daripada jumlah itu, sebanyak 98.5 peratus atau 5,509 kes adalah daripada kategori satu dan dua manakala 85 kes atau 1.5 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima.

Berdasarkan kes yang dilaporkan juga, Dr Noor Hisham memaklumkan nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) negara setakat semalam mencatatkan angka 1.00, dengan Putrajaya mencapai Rt tertinggi iaitu 1.15 diikuti Selangor (1.06) dan Kuala Lumpur serta Pahang masing-masing 1.05.

"Bagi kes sembuh pula, sebanyak 4,908 kes dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh 2,498,345 kes. Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 532 kes, dengan 266 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Dr Noor Hisham berkata, 10 lagi kluster baharu dikenal pasti, menjadikan jumlah kluster aktif kini 231.

"Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara dan juga luar negara melalui maklumat yang diperoleh daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan," katanya.

Maklumat terperinci berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan Covid-19 akan dimuat naik ke laman sesawang COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my dan data dikemas kini pada 12 tengah malam setiap hari. -Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!