X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 29 Januari 2022

Putin, Abbas bincang situasi di Asia Barat

Vladimir Putin (tengah) akan mengadakan perbincangan dengan pemimpin Palestin, Mahmoud Abbas (kiri) di pusat peranginan Laut Hitam Sochi pada Selasa. - Foto fail Reuters
A
A

MOSCOW - Presiden Rusia, Vladimir Putin akan mengadakan perbincangan dengan pemimpin Palestin Mahmoud Abbas di pusat peranginan Laut Hitam Sochi pada Selasa, lapor Sputnik.

Kremlin sebelum ini berkata, presiden akan mempertimbangkan perkembangan lanjut kerjasama dua hala dan situasi di rantau Asia Barat, dengan mengambil kira usaha yang dibuat oleh Rusia mengenai penempatan Israel di Wilayah Palestin.

Kedua-dua pemimpin negara kali terakhir berhubung melalui telefon pada Disember 2020.

Perbualan itu berlaku atas inisiatif pihak Palestin. Dalam perbincangan berkenaan, Putin menegaskan semula kesediaan Rusia untuk membantu mencapai penyelesaian jangka panjang yang adil terhadap isu Israel-Palestin, termasuk menggunakan potensi Kuartet Perunding Antarabangsa Asia Barat (Rusia, Amerika Syarikat, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kesatuan Eropah).

Kedua-dua ketua negara itu mengadakan pertemuan peribadi semasa lawatan Putin ke Bethlehem pada Januari 2020. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!