Ancelotti tidak turunkan Valverde, Hazard berdepan Sheriff Tiraspol

Vinicius Junior, bakal beraksi berdepan Sheriff Tiraspol. - Foto Twitter
Vinicius Junior, bakal beraksi berdepan Sheriff Tiraspol. - Foto Twitter
A
A
A

PENGENDALI Real Madrid, Carlo Ancelotti menegaskan dua pemain Real Madrid, Fede Valverde dan Eden Hazard tidak akan beraksi berdepan Sheriff Tiraspol pada Khamis kerana masih belum pulih daripada kecederaan.

Menurut Ancelotti, dia tidak mahu mengambil sebarang risiko dengan menurunkan kedua-dua pemain berkenaan pada perlawanan yang disifatkannya agak penting dalam usaha memastikan skuad kendaliannya itu mara ke saingan kalah mati kelak.

“Bagi saya, perlawanan kali ini agak penting kerana jika menang, akan mengesahkan kemaraan ke saingan kalah mati dan mengesahkan kami selaku juara kumpulan.

“Oleh itu, saya berharap pemain-pemain yang diturunkan kelak akan dapat beraksi dengan cemerlang bagi mencatatkan kemenangan.

“Sekaligus, ia menebus semula kekalahan 1-2 kepada mereka ketika beraksi di Santiago Bernabeu pada 29 September lalu,” katanya.

Untuk rekod, skuad Los Blancos itu kini dilihat berada pada prestasi terbaik setelah mencatatkan kemenangan 4-1 ke atas Granada dalam saingan La Liga, Ahad lalu.

Sementara itu, Ancelotti berkata, pemain tengah Eduardo Camavinga dilihat calon paling sesuai untuk mengisi kekosongan ditinggalkan Valverde manakala penyerang, Vinicius Junior bakal mengisi kekosongan ditinggalkan Hazard.

“Kita lihat kedua-dua pemain ini sebagai pemain yang sesuai beraksi di posisi ditinggalkan oleh Valverde dan Hazard.

Artikel Berkaitan:

“Diharapkan kedua-duanya dapat beraksi dengan baik bagi mencatatkan kemenangan yang diinginkan,” katanya.