MP pembangkang pertikai ‘hadiah’ Keluarga Malaysia

Akmal Nasrullah memuat naik cenderamata Keluarga Malaysia yang diletakkan di atas meja ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada Selasa.
Akmal Nasrullah memuat naik cenderamata Keluarga Malaysia yang diletakkan di atas meja ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir mempertikai tindakan kerajaan ‘menghadiahkan’ cenderamata Keluarga Malaysia kepada semua ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada Selasa dengan menyifatkan ia satu pembaziran.

Beliau berkata, pemberian hadiah tersebut tidak bermanfaat ketika negara belum pulih sepenuhnya daripada krisis ekonomi ketika ini.

“Ya Allah, pembaziran apa pulak ni! Setiap meja ahli Parlimen diletakkan cenderahati daripada kerajaan pagi ini.

“Hadiah yang tidak bermanfaat. Keluarga Malaysia konon, tapi biru-biru tua pulak tu,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Selasa.

Menerusi hantaran itu, Akmal Nasrullah yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) turut berkongsi gambar beberapa cenderahati seperti topi dan buku nota yang diletakkan di atas mejanya.

Akmal Nasrullah turut menyatakan kebimbangan bahawa budaya buruk sudah kembali membarah dalam kerajaan hari ini.

“Patutlah kabinet dah pertimbangkan permohonan bekas Perdana Menteri untuk dapatkan tanah dan rumah bernilai RM100 juta,”katanya.

Artikel Berkaitan: