PGA berkas 11 PATI cuba masuk Malaysia

Seramai 11 individu warga asing diberkas menerusi Op Benteng Covid-19 di kawasan Pantai Kelanang, Morib pada Selasa.
Seramai 11 individu warga asing diberkas menerusi Op Benteng Covid-19 di kawasan Pantai Kelanang, Morib pada Selasa.
A
A
A

KUALA LANGAT - Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seramai 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi Op Benteng Covid-19 di kawasan Pantai Kelanang, Morib pada Selasa.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am Superintendan Rizal Mhamed berkata, kesemua suspek dikesan semasa sedang melakukan rondaan pemantauan bersama anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Kuala Langat.

"Rondaan yang dijalankan kira-kira jam 1.30 pagi itu menahan 10 lelaki PATI yang berumur antara 18 hingga 51 tahun dan seorang PATI wanita berumur 49 tahun.

"Pemeriksaan mendapati kesemua individu berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Katanya, kesemua suspek dipercayai baru masuk ke negara ini melalui laluan yang tidak diwartakan iaitu jalan laut dengan menggunakan bot.

"Kesemua tangkapan akan menjalani ujian saringan Covid-19 bagi mencegah penularan virus dalam kalangan pesalah dan juga petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Masyarakat juga disaran agar memberi kerjasama dan menyalurkan sebarang maklumat kepada PDRM berkaitan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang," katanya.

Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Artikel Berkaitan: