Sajat ulangi dakwaan kepada BBC dikasari JAIS

Sajat mengulangi dakwaan kepada Stesen Penyiaran British (BBC) baru-baru ini bahawa dia diperlakukan secara kasar oleh anggota-anggota Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika menangkapnya.
Sajat mengulangi dakwaan kepada Stesen Penyiaran British (BBC) baru-baru ini bahawa dia diperlakukan secara kasar oleh anggota-anggota Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika menangkapnya.
A
A
A

LONDON - Seorang usahawan kosmetik Malaysia, Nur Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat mengulangi dakwaan kepada Stesen Penyiaran British (BBC) baru-baru ini bahawa dia diperlakukan secara kasar oleh anggota-anggota Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika menangkapnya.

Dalam satu temu bual dengan BBC di Britain dari Sydney, Australia itu, Sajat menyatakan dia perlu melarikan diri dan telah dipukul termasuk digari di depan ibu bapa serta keluarganya.

Dia kini yang menetap di Australia selepas ditangkap oleh anggota-anggota Jabatan Imigresen di Thailand berkata bahawa dia berasa sedih dan malu kerana walaupun memberikan kerjasama tetapi kakitangan JAIS masih melakukan perbuatan itu.

Pihak berkuasa Malaysia kemudian meminta Thailand melakukan esktradisi dengan menghantar balik usahawan itu.

Namun, usahawan itu diberikan status pelarian dan dia dibenarkan oleh Thailand untuk mendapatkan perlindungan di Australia.

Pada Januari lalu, dia didakwa memakai baju kurung di sebuah majlis keagamaan pada tahun 2018 yang boleh membawa hukuman tiga tahun penjara jika sabit kesalahan.

Menurut BBC, pada pandangan pihak berkuasa Malaysia, usahawan itu ialah seorang lelaki dan sebagai kaum Adam, dia tidak boleh berpakaian seperti wanita. - Agensi

Artikel Berkaitan: