X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 23 Mei 2022

Peruntukan sama rata kepada ahli Parlimen Pejuang, Warisan, Muda

Hasanuddin (berdiri tiga kiri) bersama kumpulan Ahli Parlimen PH dalam sesi libat urus bersama Tengku Zafrul
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan perlu memberi peruntukan sama rata kepada semua ahli Parlimen termasuk yang tidak menandatangani Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik (MoU).

Ahli Parlimen Hulu Langat, Hasanuddin Mohd Yunus berkata, ini memandangkan wakil rakyat dalam keadaan tertentu dapat mengesan lebih cepat penderitaan yang dialami di akar umbi akibat pandemik Covid-19 yang melanda.

“Tujuannya jelas iaitu bagi menjamin khidmat berkesan dan manfaat akhir dapat dinikmati oleh rakyat.

“Semoga teman-teman ahli Parlimen daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dapat memberi khidmat terbaik mereka di kawasan masing-masing,” katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian pada Selasa.

Hasanuddin yang juga merupakan Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) adalah antara ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan (PH) yang terlibat dalam sesi libat urus bersama Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Parlimen.

Pembaharuan Parlimen Perkara 3.5 MoU antara PH yang dimeterai antara kerajaan Persekutuan dengan PH pada 13 September lalu menetapkan peruntukan sama rata kepada semua ahli Dewan Rakyat yang terlibat dalam persefahaman itu.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!