Dahulu cuci pinggan kini miliki kafe

Khalija menunjukkan sebahagian masakan lauk pauk yang terdapat di Kafeteria Eja di sebuah kilang di Taman Teknologi Cheng.
Khalija menunjukkan sebahagian masakan lauk pauk yang terdapat di Kafeteria Eja di sebuah kilang di Taman Teknologi Cheng.
A
A
A

MELAKA - Bermula dari seorang tukang cuci pinggan di kantin kilang, kini seorang wanita dari Balai Panjang, Malim di sini, boleh berbangga apabila bergelar pengusaha kafeteria kilang.

Ibu kepada tiga orang anak, Khalija Jalil, 51, menyifatkan kejayaan pada hari ini tidak akan berhasil sekiranya dia tidak mempunyai kesabaran tinggi dan miliki sifat mudah berputus asa.

Khalija berkata, sebelum bekerja di bahagian dapur kilang, dia juga pernah menjual roti canai bersama suami, Aziz mustari, 52, di tepi jalan namun tidak berpanjangan selepas mendapat kerja sebagai cuci pinggan.

Khalija
Khalija

Katanya, dari pekerjaan itu dia kemudian diberikan kepercayaan sebagai pembantu dapur dan akhirnya sebagai tukang masak sebelum memberanikan diri menceburkan diri sebagai pengusaha kantin pada tahun 2000.

“Kebetulan ada seorang pengusaha kantin di Jalan Kaba yang tidak mahu meneruskan kafeteria di situ.

“Jadi saya mengambil alih dengan menggunakan modal sendiri, termasuk membeli peralatan memasak dan sebagainya daripada individu terbabit,” katanya yang mendaftarkan perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama Kafeteria Eja lebih 10 tahun lalu.

Bagaimanapun menurutnya, ia tidak berpanjangan setelah individu terbabit datang meminta semula kafe tersebut dan mereka terpaksa beralah hingga mengalami sedikit kerugian.

Artikel Berkaitan:

Katanya, walaupun 'jatuh' disebabkan perkara tersebut namun dia yakin dengan perancangan ALLAH SWT dan akhirnya mendapat tawaran masuk ke kafeteria sebuah kilang di Batu Berendam selepas mencuba nasib.

Antara pelanggan yang datang ke Kafeteria Eja.
Antara pelanggan yang datang ke Kafeteria Eja.

“Saya amat bersyukur kepada ALLAH SWT kerana mempermudahkan rezeki kami dan setidak-tidaknya terubat kesedihan selepas terpaksa keluar meninggalkan kafeteria sebelum ini,” katanya.

Ditanya mengenai cabaran ditempat baharu, Kalijha berkata, seperti biasa dan suami mengekalkan momentum dan bersemangat pada setiap hari serta berusaha untuk menjual menu makanan yang enak dengan harga berpatutan.

Namun ujarnya, disebabkan ketika itu dia membenarkan pekerja kilang berhutang, akhirnya sukar untuk membuat pusingan modal dan mengambil keputusan memohon tender kafeteria di kilang lain.

“Kami reda dengan apa yang berlaku dan syukur tidak lama selepas itu saya dapat tender kafeteria sebuah kilang di Cheng,” katanya.

Khalija dan suami bergambar kenangan pada Aidiladha lalu.
Khalija dan suami bergambar kenangan pada Aidiladha lalu.

Khalja yang juga merupakan anak kelima dari tujuh beradik, berkata, walaupun ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kafeteria itu masih dibenarkan beroperasi selama 24 jam tanpa satu hari pun ditutup.

Sehubungan itu, dia berhasrat untuk menambahkan lagi cawangan Kafeteria Eja pada masa depan.

“Itulah harapan saya, bukan sahaja dapat membuka kafeteria di kilang namun di tempat lain dengan menawarkan pelbagai menu menarik pada harga yang berpatutan,” katanya.