Covid-19: 63 lagi kematian direkod, 13 BID

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 63 lagi kematian baharu akibat wabak itu, sekali gus menjadikan jumlahnya kini 30,063 kes.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 63 lagi kematian baharu akibat wabak itu, sekali gus menjadikan jumlahnya kini 30,063 kes.
A
A
A

JUMLAH keseluruhan kematian disebabkan Covid-19 kini melebihi 30,000 orang daripada 2.585 juta kes positif Covid-19 yang dikesan.

Setakat malam tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 63 lagi kematian baharu akibat wabak itu, sekali gus menjadikan jumlahnya kini 30,063 kes.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 13 daripada 63 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 67,986 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 54,359 individu atau 80 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 7,488 orang pula ditempatkan di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC).

Artikel Berkaitan:

Sebanyak 5,590 kes dirawat di hospital dan 549 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 275 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 274 lagi memerlukan mesin ventilator.