Khairil Nizam dilantik Ketua Penerangan Pas baharu

Khairil Nizam
Khairil Nizam
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Ketua Pemuda Pas, Senator Khairil Nizam Khirudin dilantik menjadi Ketua Penerangan parti itu yang baharu bagi penggal 2021/2023.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Kali Ke-2 Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang dipengerusikan oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada Ahad.

Mesyuarat tersebut katanya turut memutuskan pelantikan bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz sebagai Ahli Jawatankuasa (Lantikan) Pas.

“Selain itu, mesyuarat turut bersetuju untuk mengadakan suatu program khas bagi memperingati Ulang Tahun Penubuhan Pas yang ke-70 yang akan diadakan pada Ahad, 12 Disember 2021, bertempat di Kuala Terengganu,” katanya dalam satu kenyataan.

Tiga nama yang dilantik menjadi Penolong Setiausaha Agung Pas iaitu Khairul Faizi Ahmad Kamil, Khairul Fahmi Matsom dan Mohd Syahir Che Sulaiman.

Sementara itu, selain Mohd Khairuddin dan Nik Mohamad Abduh, terdapat tujuh nama lain yang dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa (Lantikan) Pas dan seramai 14 Pesuruhajaya turut diputuskan pelantikannya di 14 negeri di seluruh negara pada mesyuarat tersebut.

Senarai pelantikan adalah seperti berikut:

Ketua Penerangan: Senator Ir Ts Khairil Nizam Khirudin

Artikel Berkaitan:

Penolong Setiausaha Agung: Khairul Faizi Ahmad Kamil

Khairul Fahmi Matsom

Mohd Syahir Che Sulaiman

Ahli Jawatankuasa (Lantikan): Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz

Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali

Datuk Awang Hashim

Misbahul Munir Masduki

Mohd Yusni Mat Piah

Dr. Mohd Mazri Yahya

Wan Rohimi Wan Daud

Dr Mohd Zuhdi Marzuki

Datuk Dr Abd Hakeem Johari

Pesuruhjaya (Perlis): Mohd Shukri Ramli

Pesuruhjaya (Kedah): Senator Datuk Ahmad Yahaya

Pesuruhjaya (Kelantan): Datuk Ahmad Yakob

Pesuruhjaya (Teregganu): Senator Datuk Husin Awang

Pesuruhjaya (Pulau Pinang): Muhammad Fauzi Yusoff

Pesuruhjaya (Perak): Razman Zakaria

Pesuruhjaya (Pahang): Rosli Abdul Jabar

Pesuruhjaya (Selangor): Datuk Ahmad Yunus Hairi

Pesuruhjaya (W/Persekutuan): Azhar Yahya

Pesuruhjaya (Negeri Sembilan): Rafiei Mustapha

Pesuruhjaya (Melaka): Zulkifli Ismail

Pesuruhjaya (Johor): Abdullah Husin

Pesuruhjaya (Sabah): Paumin @ Mohd Aminu