Penghantar makanan cedera dirempuh kereta

Penghantar makanan cedera dilanggar sebuah kereta selepas melanggar lampu isyarat merah
Penghantar makanan cedera dilanggar sebuah kereta selepas melanggar lampu isyarat merah
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang penghantar makanan cedera di pinggang dan tangan akibat dilanggar oleh sebuah Proton Wira di persimpangan lampu insyarat SS2/24 di sini, pada petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kejadian tersebut pada jam 4.30 petang.

"Kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah kereta jenis Proton Wira dan motosikal Yamaha LC135.

"Penunggang motosikal merupakan lelaki tempatan berusia 51 tahun telah keluar dari simpang Jalan SS2/55 dilanggar oleh Proton Wira yang lampu isyarat berwarna hijau dari arah SS2/54.

"Kepada sesiapa yang melihat atau berada di tempat kejadian diminta tampil ke balai berhampiran atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat trafik, Sarjan Jahir Hussin di talian 017-372 2125," katanya dalam kenyataan, pada Isnin.

Artikel Berkaitan: