KASA berupaya tingkatkan kualiti perkhidmatan pembentungan

Tuan Ibrahim (tiga dari kanan) ketika merasmikan Galeri Pembentungan IWK sempena Hari Tandas Sedunia 2021,di IWK di sini pada Isnin.
Tuan Ibrahim (tiga dari kanan) ketika merasmikan Galeri Pembentungan IWK sempena Hari Tandas Sedunia 2021,di IWK di sini pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) berupaya meningkatkan kualiti perkhidmatan pembentungan selaras dengan matlamat pembangunan lestari keenam iaitu memastikan akses kepada air bersih dan sanitasi untuk semua.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkhidmatan pembentungan juga merupakan salah satu komponen kritikal dalam merealisasikan Transformasi Sektor Air 2040.

Menurutnya, inisiatif tersebut disokong melalui pelaburan besar berjumlah lebih RM8 juta di bawah Rolling Plan kedua (RP2) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi tahun 2022.

“Objektif utama pelaburan besar tersebut diperuntuKkan bertujuan memodenisasikan sistem pembentungan awam dengan menggunakan teknologi termaju serta perluasan liputan perkhidmatan terutama di luar bandar secara ‘off-grid’,” katanya di Majlis Perasmian Galeri Pembentungan Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd sempena Hari Tandas Sedunia 2021, di IWK di sini pada Isnin.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Narendran Maniam dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, kerajaan Persekutuan telah mewartakan Peraturan-Peraturan Industri Perkhidmatan Air (Perkhidmatan Nyahenap Cemar) berkuat kuasa pada 30 Mac lalu.

Tuan Ibrahim (kanan) dan Narendran (kiri) ketika sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Galeri Pembentungan IWK sempena Hari Tandas Sedunia 2021, di IWK di sini pada Isnin.
Tuan Ibrahim (kanan) dan Narendran (kiri) ketika sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Galeri Pembentungan IWK sempena Hari Tandas Sedunia 2021, di IWK di sini pada Isnin.

“Peraturan ini menuntut perbadanan pengurusan, pemilik atau penghuni mana-mana premis bersambung dengan tangki septik atau pemilikan tangki septik persendirian melakukan aktiviti nyahenap cemar secara berjadual setiap dua tahun,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Narendran berkata, pihaknya turut menyokong inisiatif kerajaan dalam mencapai sasaran di bawah matlamat keeenam ‘Sustainable Development Goals (SDG) 2030’ iaitu memastikan akses dan pengurusan mampan air dan sanitasi kepada semua.

Katanya, IWK telah menjalankan pelbagai penyelidikan dan pembangunan dalam penghasilan biproduk sisa kumbahan.

“Di akhir proses rawatan air kumbahan, terdapat beberapa biproduk yang boleh diguna semula dalam kehidupan manusia.

“Tiga biproduk utama yang dihasilkan adakah bio pepejal, bio efluen dan big gas sebagai sumber tenaga diperbaharui yang sesuai untuk penjanaan tenaga elektrik,” katanya.

Beliau beliau berkata, selaku operator pembetungan, loji-loni IWK menghasilkan kira-kira 5,579 juta liter sehari efluen terawat yang menepati piawaian yang ditetapkan sebelum disalurkan kepada sistem saliran atau perairan seperti sungai.

“Justeru, kami menjalankan pelbagai usaha penggunaan semula air sisa kumbahan yang terawat ini sebagai air alternatif bagi tujuan bukan minuman,” katanya.