KWSP Cawangan Jalan Raja Chulan ditutup sepenuhnya 16 Disember

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan penutupan penuh pejabat KWSP cawangan Jalan Raja Chulan di Changkat Raja Chulan di sini, berkuat kuasa 16 Disember ini.

KWSP dalam kenyataannya pada Isnin berkata, ahli dan majikan dinasihatkan mengunjungi cawangan KWSP berhampiran seperti di Jalan Raja Laut, Wangsa Maju, Kepong, Petaling Jaya atau Seri Petaling untuk apa-apa urusan transaksi.

“Bagi alternatif lain, ahli dan majikan juga dinasihatkan mengakses perkhidmatan KWSP secara dalam talian melalui i-Akaun,” menurut kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut, ahli boleh merujuk saluran komunikasi rasmi KWSP di laman web rasmi www.kwsp.gov.my atau menghubungi bahagian Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000. - Bernama

Artikel Berkaitan: