PRN Sarawak: Sidang media SPR Rabu ini

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan sidang akhbar mengenai Pilihan Raya Negeri Sarawak selepas selesai mesyuarat khas yang dijadualkan berlangsung pada Rabu.

Menerusi satu kenyataan pada Isnin, SPR memaklumkan sidang akhbar oleh pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh alan berlangsung pada jam 11 pagi di sebuah sebuah hotel di Kuching, Sarawak.

"SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas Berkaitan Urusan PRN Sarawak pada 24 November 2021 bermula jam 9 pagi.

"Sidang akhbar oleh Datuk Abdul Ghani Salleh, Pengerusi SPR akan diadakan selepas mesyuarat khas tersebut," menurut kenyataan itu.

Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang berkuat kuasa pada 3 November telah memberi laluan kepada berlakunya pilihan raya negeri.

SPR pada 4 November lalu mengumumkan PRN Sarawak akan diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan untuk pembatalan proklamasi darurat di negeri tersebut.

Artikel Berkaitan: