X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 23 Januari 2022

MAIS beri bantuan pengecualian, pengurangan sewa RM1.12 juta

Foto fail Bernama. Gambar kecil: Dr Ahmad Shahir
A
A

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memberi bantuan pengecualian dan pengurangan sewa kepada 107 penyewa premis dan tanah MAIS dengan nilai keseluruhan sewaan sebanyak RM1.12 juta.

Setiausaha MAIS, Dr Ahmad Shahir Makhtar berkata, bantuan tersebut diberikan kepada penyewa-penyewa premis dan tanah MAIS yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19 sepanjang Januari sehingga Ogos 2021.

Menurutnya, insiatitf berkenaan diberi kepada penyewa-penyewa yang didapati terkesan terutama golongan B40, peniaga-peniaga kecil yang terjejas sumber pendapatan, dibuang kerja dan hilang mata pencarian.

"Pengurangan sewaan membabitkan potongan sewa sebanyak 30 atau 50 peratus kepada penyewa-penyewa yang terpilih berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa sebelum ini.

"Pihak MAIS berharap dengan pengecualian sewaan ini dapat meringankan beban mereka terutama kepada peniaga-peniaga kecil dan sederhana yang terjejas hasil pendapatan akibat daripada pelaksanaan PKP dan penularan wabak Covid-19," katanya dalam kenyataan, pada Isnin.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!