Tujuh syarikat bayar zakat RM20 juta

Sultan Sharafuddin (kanan) menerima bayaran zakat perniagaan daripada TNB diserahkan oleh Hassan (tengah) pada Isnin.
Sultan Sharafuddin (kanan) menerima bayaran zakat perniagaan daripada TNB diserahkan oleh Hassan (tengah) pada Isnin.
A
A
A

KLANG - Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerima bayaran zakat perniagaan daripada tujuh syarikat korporat berjumlah RM20 juta pada Isnin.

Zakat perniagaan itu diserahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu upacara berlangsung di Istana Alam Shah, Klang.

LZS dalam satu kenyataan berkata, tujuh syarikat tersebut terdiri daripada UMW Holdings Berhad, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Gas Malaysia Berhad, Pharmaniaga Berhad, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Northport (Malaysia) Berhad dan Lembaga Juruukur Tanah Malaysia.

Menurut kenyataan itu, UMW Holdings Berhad yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ahmad Fuaad Mohd Kenali menyerahkan bayaran zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2020 sebanyak RM4. 2 juta.

"Ia diikuti TNB yang mewakilkan Pengerusinya, Datuk Seri Hassan Ariffin menunaikan zakat sebanyak RM3. 9 juta. Pegawai Eksekutif Kumpulan Gas Malaysia Berhad, Ahmad Hashimi Abdul Manap pula menyerahkan zakat perniagaan RM3.5 juta.

"Pharmaniaga Berhad turut menunaikan zakat sebanyak RM3.5 juta; Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (RM2. 07 juta) dan Northport (Malaysia) Berhad (RM1. 95 juta)," menurut kenyataan itu pada Isnin.

Tambah kenyataan itu, turut menunaikan zakat perniagaan ialah Lembaga Juruukur Tanah Malaysia berjumlah RM1 juta diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Ismail Harun bagi majlis penyerahan itu.

Hadir sama pada majlis penyerahan zakat perniagaan tersebut ialah Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof; Pengerusi LZS, Tan Sri Syed Anwar Jamalullail dan Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M Yusop.

Artikel Berkaitan: