Polis Melaka tumpas sindiket dadah bernilai RM1.44 juta

Abdul Majid (dua,kanan) menunjukkan sebahagian dadah bernilai RM1.44juta yang berjaya dirampas.
Abdul Majid (dua,kanan) menunjukkan sebahagian dadah bernilai RM1.44juta yang berjaya dirampas.
A
A
A

MELAKA - Polis Melaka mematahkan sindiket edar dadah selepas merampas 40 kilogram syabu bernilai RM1.44 juta dalam serbuan di sebuah inap desa di Pantai Puteri di sini, pada 18 November lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, dalam serbuan itu polis memberkas seorang lelaki warganegara Indonesia berusia 39 tahun dipercayai merupakan keldai dadah bagi sindiket 'Abang 888.'

Menurutnya, rampasan dadah yang dibungkus dalam plastik bungkusan teh herba dipercayai dari sindiket sama sebelum ini yang menjadikan Melaka sebagai transit dari negeri berdekatan untuk diedarkan ke negara jiran.

"Suspek yang juga seorang buruh telah menetap di Malaysia selama tiga tahun dan dipercayai terlibat dalam rekrut pengedaran dadah dengan menjadikan Melaka sebagai transit pengedaran bagi sindiket itu.

"Polis percaya pengedaran dadah ini merupakan satu sindiket rentas negeri dan rentas negara kerana bekalan dadah ini diperoleh daripada negeri lain dan Melaka dijadikan sebagai transit untuk mengeluarkan dadah dari Malaysia untuk diedarkan kepada sebuah negara jiran yang lain," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang di sini, pada Isnin.

Beliau berkata, ini merupakan satu kejayaan yang amat bermakna kepada pasukan polis kerana walaupun dalam kesibukan memastikan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berjalan lancar, tetapi tugas-tugas hakiki terutama berkaitan ketenteraman awam dan kepentingan masyarakat tidak akan tinggalkan.

Kata beliau, polis mengesan taktik yang digunakan sindiket itu merubah trend pengedaran dadah iaitu dengan menggunakan warga asing untuk dijadikan keldai dadah,bukan lagi rakyat tempatan.

Dalam pada itu, setakat 20 November lalu, sebanyak RM13.1 juta nilai rampasan dadah direkodkan berbanding kira-kira RM487,000 tempoh sama pada tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

Katanya, sepanjang tempoh itu tangkapan penagih dadah seramai 1,794 orang berbanding 1,426 orang menyaksikan peningkatan sebanyak 25 peratus.

"Polis telah ubah cara pendekatan untuk tangani dadah di Melaka dengan pergi sehingga ke peringkat akat umbi untuk meningkatkan risikan," katanya.