Covid-19: KJ beri amaran kemasukan ke hospital makin meningkat

Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberi amaran bahawa kadar kemasukan kes Covid-19 ke hospital semakin meningkat.

Menerusi ciapannya pada Isnin, beliau berkata, kebanyakan kes membabitkan warga emas dan golongan komorbid mendapat jangkitan daripada ahli keluarga lain yang membawa balik virus SARS-CoV2 ke rumah.

"Pakai pelitup muka dan elak tempat yang sesak, dapatkan dos penggalak apabila diberi temujanji," ciap beliau.

Berdasarkan data Covid Now yang dikemaskini jam 11.59 Ahad, beberapa negeri dan wilayah menunjukkan trend peningkatan tujuh hari bagi kadar kemasukan kes.

Ia membabitkan Labuan yang meningkat sebanyak 200 peratus, Pulau Pinang (28 peratus), Kelantan (12 peratus) dan Pahang (lapan peratus) serta Johor (enam peratus).Link twitter:

ARTIKEL BERKAITAN:24 kes kematian Covid-19, lima di Kelantan

ARTIKEL BERKAITAN:Covid-19: Sistem amaran berisiko tinggi kesan peningkatan kes

Artikel Berkaitan: