X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Tiada yang mustahil buat Melaka United di Cheras

Antara aksi Melaka United pada perlawanan suku akhir kedua menetang Sabah tempoh hari. - Foto FB Melaka United
A
A

MELAKA United FC mengakui bukan tugas mudah untuk menumbangkan Kuala Lumpur City FC pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Isnin namun ia bukanlah satu yang mustahil untuk dilakukan.

Penjaga gol Melaka United, Khairul Fahmi Che Mat berkata, justeru pasukannya perlu menggunakan segala kelebihan dimiliki untuk menyerap tekanan skuad Warga Kota selain sekurang-kurangnya perlu menjaringkan gol pada perlawanan tersebut supaya dapat membawa bekalan selesa pada perlawanan timbal balik di Melaka.

Khairul Fahmi
Khairul Fahmi

“Saya lihat KL mempunyai banyak kelebihan pada separuh akhir pertama ini berdasarkan rekod kebal di lama sendiri dan juga ada pemain-pemain yang hebat dan dijangka akan bagi saingan sengit kepada kami.

“Meskipun susah untuk tumbangkan mereka, tapi ia tidak mustahil kerana kita juga ada kelebihan yang tersendiri.

“Jadi saya harap pasukan boleh guna kelebihan yang ada pada perlawanan ini dan kalau boleh kita mesti dapatkan gol pada perlawanan ini supaya kita boleh selesa bertemu mereka di Melaka,” katanya ketika dihubungi Sukan Sinar pada Ahad.

Untuk rekod, The Hawks mempunyai rekod yang baik di laman sendiri musim ini apabila berjaya mencatatkan 20 perlawanan tanpa kalah.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!