Moga jadi pengajaran buat penyokong KL City

Laporan Sukan Sinar pada 19 November lalu. (gambar kecil: Mohd Sadek)
Laporan Sukan Sinar pada 19 November lalu. (gambar kecil: Mohd Sadek)
A
A
A

HUKUMAN beraksi tanpa penyokong yang dikenakan kepada Kuala Lumpur City FC (KL City) pada perlawanan pertama separuh akhir Piala Malaysia menentang Melaka United FC pada Isnin dilihat tindakan yang wajar dan perlu dijadikan pengajaran buat penyokong pasukan lain.

Perkara tersebut ditegaskan oleh Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustafa yang menyifatkan tindakan penyokong itu akan menjejaskan imej pasukan kesayangan mereka seterusnya berisiko untuk kehilangan atau susah mendapatkan penaja selain terdedah kepada jangkitan Covid-19.

“Saya harap penyokong mana-mana pasukan yang hadir ke stadium mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerana apabila mereka melanggar ia bukan sahaja beri kesan kepada penyokong tetapi kepada pasukan kesayangan mereka.

“Ini kerana apabila penyokong tidak berdisiplin ia secara tidak langsung melambangkan imej negatif kepada pasukan yang turut beri kesan bila penaja pasukan.

“SOP yang dibuat adalah untuk mengelakkan penularan Covid-19.

Apabila tidak dipatuhi ia potensi untuk berlaku penularan itu ada dan juga akan beri kesan kepada pasukan,” katanya ketika dihubungi Sukan Sinar pada Ahad.

Sebelum ini, The Hawks dikenakan hukuman beraksi tanpa penonton untuk perlawanan separuh akhir pertama susulan tindakan penonton tuan rumah menceroboh kawasan padang ketika aksi suku akhir kedua Piala Malaysia antara KL City dan Selangor, pada Khamis.

Dalam pada itu, Mohd Sadek berkata, media perlu memainkan peranan dalam mengingati penyokong agar sentiasa berdisiplin dan mematuhi SOP yang ditetapkan ketika menyaksikan perlawanan di stadium.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, dengan cara tersebut ia secara tidak langsung dapat membantu mengelakkan pelanggaran SOP seperti yang berlaku sebelum ini.

“Saya lihat media boleh membantu masalah pelanggaran SOP di stadium iaitu dengan memberi peringatan sehari sebelum pertandingan.

“Mungkin kelab juga boleh menggunakan sosial media mereka untuk mewar-warkan kepada penyokong mereka betapa pentingnya untuk mematuhi SOP seterusnya dapat mengelakkan perkara sama berlaku semula,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:KL City FC aksi tanpa penonton, Terengganu FC diberi amaran keras

ARTIKEL BERKAITAN:Tiada penyokong, tiada masalah