X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 20 Mei 2022

Lebih 1,000 anggota polis pantau SOP sekolah di Perak

Noorzainy melihat ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah sempena Program Pemantauan SOP Covid-19 Bersama Pengurusan SK Cator Avenue dan Program Back To School di Ipoh pada Isnin.
A
A

IPOH - Lebih 1,000 pegawai dan anggota polis ditugaskan memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) sempena pembukaan semula sesi persekolahan secara fizikal bermula Isnin.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Perak, Senior Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pemantauan melibatkan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS), Unit Peronda Polis, Unit Rondaan Bermotosikal (URB) serta bahagian-bahagian lain.

Menurutnya, sebanyak 1,102 buah sekolah termasuk sekolah menengah dipantau setiap hari pada waktu pelajar hadir dan pulang dari sekolah.

"Kita bukan sahaja memantau pada awal pagi tetapi ketika pelajar balik sekolah kerana waktu itu pelajar-pelajar atau ibu bapa dalam keadaan nak cepat, jadi kadang-kadang mereka lupa untuk mematuhi SOP.

"Daripada pemantauan awal kita, memang pada awal pagi ibu bapa mematuhi SOP tetapi kita risau mereka lupa ketika menjemput anak pulang," katanya kepada pemberita selepas Program Pemantauan SOP Covid-19 Bersama Pengurusan Sekolah Kebangsaan (SK) Cator Avenue Ipoh dan Program Back To School di sini pada Isnin.

Beliau berkata, antara perkara yang diberikan perhatian menerusi pemantauan tersebut ialah penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka dan pengudaraan di dalam kelas.

Jelasnya, pemantauan berkenaan akan dilaksanakan setiap hari secara berterusan bagi memastikan SOP kekal dipatuhi.

Sementara itu, Noorzainy berkata, seramai 100,816 murid Tahun Satu hingga Enam di 852 sekolah rendah di seluruh Perak memulakan sesi persekolahan secara bersemuka mulai Isnin.

Katanya, jumlah itu merupakan sebahagian daripada 201,632 jumlah keseluruhan murid di Perak yang mengikuti kelas secara bergilir seperti yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!