X

Kindly register in order to view this article
!

JAWI bakal lancarkan 'food bank' Rabu ini

MOHD AJIB
A
A

JABATAN Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bakal melancarkan JAWI Food Bank di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur, Rabu ini.

Pengarahnya, Mohd Ajib Ismail berkata, ia bertujuan bagi memperluaskan lagi program Food Bank Malaysia yang ditererajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk meringankan beban golongan kurang berkemampuan.

"Di samping itu, ia diharap dapat menangani masalah pembaziran makanan di negara ini khususnya di Wilayah Persekutuan.

“JAWI amat berbesar hati untuk sama-sama melebar luaskan usaha murni ini bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat terutama sekali golongan kurang berkemampuan di sekitar Wilayah Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan.

Program itu mendapat kerjasama pelbagai pihak antaranya Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), KPDNHEP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Sukarelawan Dakwah Islamiah JAWI (SUDI), Sukarelawan Patriot dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Ia dijangka bakal dirasmikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, kira-kira jam 2.30 petang.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!