Manchester United pecat Solskjaer

Ole Gunnar Solskjaer
Ole Gunnar Solskjaer
A
A
A

MANCHESTER United sah memecat Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengendalinya selepas pengendali berbangsa Norway itu sekadar meraih satu kemenangan dalam tujuh perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pengumuman itu dibuat selepas The Red Devils merekodkan beberapa siri kekalahan sebelum ini dengan terbaru tumbang 4-1 kepada Watford pada Sabtu.

"Manchester United mengumumkan Ole Gunnar Solskjaer sudah melepaskan jawatannya sebagai pengurus.

“Tempatnya dalam sejarah kelab akan sentiasa terjamin, bukan sahaja sebagai seorang pemain, tetapi sebagai seorang lelaki yang hebat dan pengurus yang memberikan kami banyak detik hebat.

“Dia akan selamanya dialu-alukan kembali ke Old Trafford sebagai sebahagian daripada keluarga Manchester United justeru dengan rasa kesal, kami sudah mencapai keputusan sukar ini,” kata kelab itu dalam satu kenyataan pada Ahad.

Bekas pemain tengah, Michael Carrick akan ditugaskan sebagai pengurus sementara dengan tugas pertamanya ialah menentang Villarreal dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah pada Rabu.

Bekas pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane dilaporkan menjadi pilihan utama untuk menggantikan Solskjaer selain pengurus Leicester, Brendan Rodgers dan bos Ajax, Erik ten Hag turut dalam persaingan itu.

Artikel Berkaitan: