Sila log masuk terlebih dahulu.

Skuad ragbi lelaki, wanita akhiri kempen Dubai di tangga ketujuh

Foto Bernama
Foto Bernama
A
A
A

SKUAD ragbi lelaki dan wanita negara gagal menyerlah pada kejuaraan Siri Tujuh Sebelah Ragbi Asia 2021 apabila masing-masing menghuni tangga ketujuh pada saingan berakhir di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Skuad lelaki memulakan kempen dalam Kumpulan A dengan tewas 12-19 kepada Filipina, 5-54 kepada Hong Kong dan lakah 7-40 kepada Korea Selatan sebelum kecundang kepada tuan rumah UAE 14-31 pada aksi separih akhir plate.

Mereka kemudian berjaya mencipta kemenangan sagu hati apabila menundukkan musuh tradisi, Filipina 28-19 pada aksi penentuan tempat ketujuh/kelapan pada awal pagi tadi, menurut laman web rasmi Ragbi Asia, www.asiarugby.com.

Pasukan wanita turut mengalami nasib serupa apabila tewas dalam kesemua perlawanan peringkat Kumpulan B, dengan kekalahan 10-12 kepada Sri Lanka, 5-54 kepada Hong Kong dan 10-45 kepada China.

Di pusingan separuh akhir plate, skuad negara dikalahkan 22-0 oleh Thailand, sebelum mencatatkan kemenangan 12-1 kepada Filipina untuk menamatkan saingan di kedudukan ketujuh.

Pengurus pasukan skuad Bunga Raya 7’s wanita negara, Datuk Azaddin Abdul Aziz bagaimanapun, berpuas hati dengan pencapaian pasukan berkenaan.

"Walaupun 70 peratus pemain adalah muka baharu, namun kita berjaya menyelesaikan misi dan membawa getaran kepada pasukan-pasukan senior dan berjaya menumpaskan musuh tradisi (Filipina).

"Saya rasa gabungan pasukan lama dan baharu ini akan pergi lebih jauh kerana ia adalah permulaan untuk pasukan ini ke arah Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026,” katanya menerusi satu video kepada media.

Artikel Berkaitan:

Hong Kong muncul juara kategori lelaki dengan menewaskan Korea Selatan 33-7 pada aksi final, manakala Jepun meraih gelaran juara wanita selepas mencatatkan kemenangan 14-12 ke atas China.

Keempat-empat pasukan tersebut layak ke Piala Dunia 7’s 2022 di Afrika Selatan. - Bernama