Pilihan raya presiden Bulgaria bermula

Rakyat Bulgaria keluar mengundi pada Ahad pagi untuk pusingan kedua pilihan raya presiden.
Rakyat Bulgaria keluar mengundi pada Ahad pagi untuk pusingan kedua pilihan raya presiden.
A
A
A

SOFIA - Rakyat Bulgaria keluar mengundi pada Ahad pagi untuk pusingan kedua pilihan raya presiden, lapor Agensi Berita Xinhua.

Hampir 6.7 juta pengundi yang layak akan memilih dua calon presiden iaitu antara penyandang Presiden Rumen Radev dan Rektor Universiti Sofia, Anastas Gerdjikov.

Radev yang mendapat sokongan daripada gabungan Continue the Change, Parti Sosialis Bulgaria, dan There Is Such A People memenangi pusingan pertama pada 14 November lalu dengan memperoleh 49.42 peratus undi.

Sementara Gerdjikov pula mendapat sokongan parti GERB yang berhaluan tengah, di tempat kedua dalam kalangan 23 calon dengan menerima 22.83 peratus undi.

Keputusan rasmi pengundian itu dijangka diumumkan pada Rabu.

Presiden dipilih oleh rakyat untuk memegang jawatan itu bagi tempoh lima tahun. Tempoh Radev akan tamat pada penghujung Januari 2022. - Bernama

Artikel Berkaitan: