Rezeki terpijak menang motosikal

Siti Noradiana (kiri) bersama suami dan anak-anak bergambar bersama motosikal yang dimenanginya.
Siti Noradiana (kiri) bersama suami dan anak-anak bergambar bersama motosikal yang dimenanginya.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rezeki terpijak buat pasangan suami isteri apabila hasrat membelikan motosikal anaknya dipermudahkan selepas memenangi cabutan bertuah hadiah utama motosikal Honda Dash pada acara penutup Ekspo Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi Selangor (SRIE) 2021 yang berlangsung selama empat hari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Ahad.

Pemenang, Siti Noradiana Rahmat, 40, berkata, dia dan suami yang mengusahakan perniagaan, Chak'z Catering & Event telah menghadiri ekspo tersebut selama dua hari sejak Sabtu.

Meskipun begitu, Siti Noradiana berkata, dia hanya mendaftarkan nama menyertai cabutan bertuah tersebut pada Ahad dan tidak menyangka memenangi hadiah utama tersebut.

"Saya dah balik rumah sebelum saya dihubungi penganjur sekitar jam 2.15 petang tadi meminta saya datang semula ke ekspo kerana telah memenangi hadiah tersebut.

"Saya anggap ini rezeki anak, kami memang berhasrat untuk belikannya motosikal memandangkan bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, tak sangka pula dapat menang motor jadi tak payah keluar duit untuk tujuan itu," katanya.

SRIE 2021 merupakan salah satu acara yang terdapat dalam Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa (SIBS) yang berlangsung di KLCC selama empat hari bermula Khamis lalu dan diadakan secara hibrid.

Penganjuran program yang memasuki tahun kelima itu telah disempurnakan oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Khamis.

Sebanyak RM11 juta diperuntuk meliputi pembangunan dan penyelenggaraan portal perniagaan, selain pemasaran dan pembangunan bagi sembilan acara utama.

Artikel Berkaitan: