Kawasan berpenduduk terima 100 peratus liputan 4G pada 2025

Penerima geran Rakan Digital bersama replika geran masing-masing bergambar kenangan bersama Ismail Sabri (tengah, atas pentas) sempena pelancaran program tersebut di Dewan Konvesyen Majlis Daerah Bera pada Ahad.
Penerima geran Rakan Digital bersama replika geran masing-masing bergambar kenangan bersama Ismail Sabri (tengah, atas pentas) sempena pelancaran program tersebut di Dewan Konvesyen Majlis Daerah Bera pada Ahad.
A
A
A

BERA - Kerajaan menyasarkan 100 peratus penduduk kawasan berpenduduk di negara ini menerima liputan rangkaian jalur lebar generasi keempat (4G) pada tahun 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setakat ini sebanyak 94 peratus kawasan berpenduduk telah menerima liputan tersebut.

Menurutnya, kerajaan sedang berusaha agar setiap kawasan di seluruh negara termasuk yang jauh di pedalaman akan mendapat capaian internet sepenuhnya pada hujung tahun 2025.

"Kerajaan bersama pihak swasta membelanjakan sebanyak RM28 bilion apabila melancarkan Jalinan Digital Negara (Jendela) pada 20 September 2020.

"Dulu kita lihat kes seorang pelajar di Sabah terpaksa panjat pokok untuk dapatkan capaian internet dan dengan pelancaran program Jendela ini, kita yakin sehingga hujung tahun 2022, sebanyak 96.6 peratus capaian akan dapat dipastikan di seluruh negara termasuk kawasan pedalaman dan sebagainya," katanya lagi.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian sempena Program Pemerkasaan Pendigitalan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Kebangsaan 2021 di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di sini pada Ahad.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, sebanyak 6.42 juta premis telah menerima capaian gentian optik berbanding sasaran sembilan juta premis pada 2025.

"Selain itu capaian 5G akan dilancarkan pada Disember 2021 dan liputannya di Putrajaya, Kuala Lumpur dan Cyberjaya.

Artikel Berkaitan:

"Bagi capaian 5G seluruh negara, pada tahun 2026, disasarkan sebanyak 80 peratus kawasan akan menerima liputan ini dan kita akan dapat samakan dan tidak ketinggalan dengan negara-negara lain walaupun mereka telah menggunakan 5G," jelasnya.