Gangguan bekalan air di USJ pulih sepenuhnya

Gangguan bekalan air tidak berjadual di kawasan USJ telah pulih sepenuhnya pada jam 12 tengah hari, Ahad.
Gangguan bekalan air tidak berjadual di kawasan USJ telah pulih sepenuhnya pada jam 12 tengah hari, Ahad.
A
A
A

SUBANG - Gangguan bekalan air kawasan USJ 1 hingga USJ 27 disebabkan oleh penurunan paras Kolam Air Sime UEP telah pulih sepenuhnya pada jam 12 tengah hari, Ahad.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi kemas kini di laman Facebook berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih atas kesabaran semua pengguna yang terjejas susulan daripada gangguan bekalan air tidak berjadual itu.

"Pengguna disaran untuk terus mendapatkan perkembangan terkini berhubung insiden gangguan bekalan air menerusi semua medium komunikasi iaitu aplikasi Air Selangor, Facebook, Twitter, Instagram dan pautan www.airselangor.com," katanya.

Air Selangor pada Sabtu memaklumkan beberapa kawasan di USJ 1 hingga USJ 27 berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual susulan penurunan paras air di kolam berkenaan.

Katanya, masalah itu berlaku berikutan isu teknikal atau 'air lock' pada paip agihan utama yang menyalurkan air ke kolam itu.

Artikel Berkaitan: