KKMM ambil berat isu gangguan seksual, sifatkan bukan isu remeh

Annuar musa
Annuar musa
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mengambil berat mengenai isu gangguan seksual dalam industri seni tanah air dan menyifatkan ia bukan isu remeh.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, malah isu tersebut merupakan kesalahan jenayah.

"Isu ini tidak akan terungkai dengan melemahkan mana-mana pihak, sebaliknya memerlukan gemblengan tenaga setiap pihak, baik media mahupun pihak berkuasa dan mereka yang terlibat," katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Ahad yang dikeluarkan bagi menjelaskan laporan sebuah akhbar tempatan.

Annuar berkata, laporan akhbar berkenaan mengenai pandangannya berkaitan gangguan seksual itu telah disalah tafsir dan tidak mencerminkan pendirian beliau.

"Saya menerima mesej WhatsApp daripada seorang wartawan (akhbar tersebut) untuk menemu duga saya.

"Beliau mencadangkan tajuk gangguan seksual dalam industri seni tanah air tetapi saya mencadangkan agar temu bual itu membincangkan fokus utama saya masa ini iaitu pembangunan industri bagi membantu penggiat seni negara," katanya yang telah memaklumkan hal tersebut kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. - Bernama

Artikel Berkaitan: