251,012 murid di Kedah mulakan persekolahan bersemuka hari ini

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

ALOR SETAR - Sejumlah 251,012 murid dan pelajar dari 752 sekolah rendah dan menengah di Kedah pada Ahad memulakan hari pertama persekolahan secara bersemuka dengan penggiliran selepas negeri ini beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Pengarah Pendidikan Kedah, Rozaini Ahmad berkata, daripada jumlah itu, seramai 154,214 murid adalah Tahun Satu hingga Enam, manakala 96,798 orang lagi merupakan pelajar sekolah menengah melibatkan kelas peralihan serta Tingkatan Satu hingga Empat.

“Untuk sekolah rendah yang beroperasi ialah sebanyak 548 dan sekolah menengah pula adalah sebanyak 204 dengan menjadikan keseluruhan sekolah ialah 752 sekolah beroperasi hari ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Pengoperasian institusi pendidikan yang berada di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Kedah, Perlis, Perak, Pulau Pinang dan Sabah mengikut ketetapan pengoperasian Fasa Empat PPN itu akan bermula Ahad dan Isnin.

Pengoperasian sekolah itu, di Kedah bermula Ahad, manakala Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Sabah pula bermula Isnin. - Bernama

Artikel Berkaitan: