Gerrard teruja kemenangan sulung

Pemain Aston Villa, Ollie Watkins (kiri), cuba melepasi kawalan pemain pertahanan Brighton, Adam Webster pada perlawanan berkenaan. - foto Reuters
Pemain Aston Villa, Ollie Watkins (kiri), cuba melepasi kawalan pemain pertahanan Brighton, Adam Webster pada perlawanan berkenaan. - foto Reuters
A
A
A

PENGENDALI baharu Aston Villa, Steven Gerrard teruja dengan kemenangan 2-0 skuad kendaliannya itu ke atas Brighton pada aksi sulungnya mengendalikan kelab berkenaan.

Menurutnya, kemenangan itu disifatkannya sebagai antara pencapaian besar dalam kariernya selaku pengurus bagi sebuah kelab bola sepak.

“Bagi saya ia adalah perlawanan besar di minggu yang juga besar (istimewa), terutamanya kepada pemain.

“Secara keseluruhannya, kemenangan ini boleh diibaratkan sesuatu yang cukup membanggakan berdasarkan kepada persiapan yang dilakukan menjelang perlawanan ini.

“Bagaimanapun, pemain dilihat telah mematuhi kesemua arahan serta percaturan taktikal dan menterjemahkannya dalam bentuk persembahan yang terbaik di atas padang,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan, Aston Villa Ollie Watkins menjaringkan gol pada minit ke-84 sebelum Tyrone Mings menambah gol kedua pada minit ke-89 bagi memastikan kemenangan.

Untuk rekod Gerrard yang sebelum ini mengemudi Rangers dalam saingan Liga Scotland, dilantik selaku pengendali Villa 11 November lalu susulan pemecatan Dean Smith.

Sementara itu pengendali Brighton, Graham Potter menyifatkan skuad kendaliannya itu telah memberikan aksi terbaik pada perlawanan berkenaan dan malah hampir mengecewakan Villa.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun Potter tetap akur dengan kekalahan berkenaan dan berharap skuad kendaliannya itu akan bangkit melakar kemenangan pada perlawanan berikutnya.

“Kesemua pemain telah mempamerkan aksi terbaik pada perlawanan ini dan bagi saya, kami adalah pasukan yang lebih baik, namun kami kerana kelekaan, kami dihukum pada penghujung perlawanan,” katanya.