Pemain The Reds telah berikan aksi terbaik

 Klopp. - Foto EPA
Klopp. - Foto EPA
A
A
A

PENGENDALI Liverpool Juergen Klopp menyifatkan kesebelasan The Reds telah memberikan aksi terbaik ketika menewaskan Arsenal 4-0 di Anfield pada Ahad.

Menurut Klopp, biarpun beraksi tanpa beberapa pemain tonggak, namun kesebelasan yang diturunkan telah berjaya memainkan peranan masing-masing dengan baik di sepanjang perlawanan bagi memastikan kemenangan berkenaan.

Malah katanya, pemain-pemain yang diturunkan dilihat telah melupakan kekalahan kepada West Ham minggu lalu.

“Kita gembira dengan kemenangan ini kerana biarpun ia bukanlah persembahan terbaik daripada pemain, tetapi masih mampu menghasilkan kejayaan.

“Pemain-pemain telah berjaya mendominasi perlawanan dan tambah membanggakan mereka (pemain) turut menunjukkan kematangan masing-masing di sepanjang tempoh 90 minit permainan.

“Secara keseluruhannya, adalah penting untuk memenangi perlawanan-perlawanan yang berlangsung di tempat sendiri; tambahan pula ia memang sukar untuk mencatatkan kemenangan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), ketika ini,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan, Liverpool membuka jaringan menerusi Sadio Mane pada minit ke-39, Diogo Jota (min-52), Mohamaed Salah (min-73) dan Takumi Minamino (min-77).

Kemenangan itu menyaksikan The Reds mengukuhkan kedudukan di tangga kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 25 mata.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Klopp gembira dengan prestasi yang dipamerkan jentera serangan The Reds pada perlawanan berkenaan dan berharap agar ia berterusan pada perlawanan-perlawanan akan datang.

“Saya suka melihat jentera serangan berjaya menjaringkan gol dan memang perkara itu yang saya mahukan kerana setiap gol yang dijaringkan akan memberikan masalah kepada lawan.

“Pemain-pemain juga perlu lebih ‘tamak’ untuk menjaringkan gol selepas ini. Dengan cara ini lebih banyak gol akan dapat dijaringkan,” katanya.