Semua mahu Rudiger kekal: Tuchel

Rudiger (kanan) meraikan jaringan bersama rakan pasukan selepas berjaya menewaskan Leicester 3-0.
Rudiger (kanan) meraikan jaringan bersama rakan pasukan selepas berjaya menewaskan Leicester 3-0.
A
A
A

PENGENDALI Chelsea, Thomas Tuchel menegaskan semua pihak di Chelsea mahu Antonio Rudiger untuk kekal bersama The Blues selepas pasukannya menewaskan Leicester City, 3-0 pada Sabtu.

Pada perlawanan tersebut, Rudiger membuka tirai jaringan untuk Chelsea dan ia juga merupakan gol keempat bek tengah itu menentang The Foxes dalam Liga Perdana Inggeris.

Selang 14 minit kemudian, giliran pemain tengah, N'Golo Kante menjaringkan menentang bekas kelabnya sebelum pemain gantian, Christian Pulisic menambah gol ketiga ketika Chelsea berjaya mengumpul kemenangan liga keempat berturut-turut, tanpa bolos buat kali pertama sejak Disember 2008.

"Semua orang mahu dia kekal. Dia cemerlang di sini dan ia agak jelas tetapi kadangkala terdapat kelewatan dalam perkara ini (kontrak).

"Saya rasa kita berada di pihak yang sama. Dia tahu dia bermain untuk kelab yang hebat dalam liga yang hebat.

"Dia seorang pesaing yang hebat dan jika dia mempunyai sedikit kesabaran harap kami akan berjaya mengekalkannya," katanya.

Untuk rekod, kontrak Rudiger di Stamford Bridge bakal berakhir musim depan.

Dalam pada itu, Tuchel turut memuji aksi yang dipamerkan Kante yang berjaya menjaringkan gol keduanya dalam enam perlawanan liga terakhirnya.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, Tuchel juga turut berpuas hati dengan aksi yang ditampilkan pasukannya ketika sambil menyifatkan skuadnya mampu memperoleh lebih banyak gol pada perlawanan itu.

"Kami bermain dengan bagus di tempat lawan dengan Kante bermain dengan luar biasa hari ini.

"Bila dia mendapat rentak di atas padang serta bermain dengan fikiran yang bebas dia akan jadi individu yang berbeza

"Kami mencipta banyak peluang separuh masa, kami agak tidak bernasib baik dengan ofsaid dan kami wajar untuk menang," katanya.