X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 29 Januari 2022

Kebajikan, kemajuan ekonomi agenda utama kerajaan baharu Melaka: PM

Foto Facebook Ismail Sabri
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan terima kasih buat Keluarga Malaysia di Melaka kerana memilih Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan baharu.

Menerusi catatan Facebook rasminya pada Ahad, beliau berkata, kebajikan dan kemajuan ekonomi negeri Melaka pastinya akan menjadi agenda utama pentadbiran kerajaan baharu yang akan dibentuk nanti.

Menerusi catatan itu, Ismail Sabri turut mengucapkan tahniah kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, presiden parti komponen BN dan seluruh jentera parti yang menggembleng tenaga membantu memenangkan BN di Melaka.

"Penghargaan juga buat mantan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Mohd Najib Razak yang turut turun padang membantu kemenangan di Melaka.

"Inilah semangat Keluarga Malaysia yang mana kita semua menuju ke destinasi yang sama - membangunkan kembali Malaysia selepas mengharungi pandemik yang mencabar ini. Terima kasih Keluarga Melaka," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!