45 individu termasuk penjaga pusat hiburan dikompaun

No Image Caption
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 45 individu termasuk penjaga premis dua pusat hiburan iaitu di Taman Mount Austin Height dan Taman Adda Height di sini dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, serbuan di kedua-dua pusat hiburan yang didapati beroperasi tanpa lesen yang sah itu dilakukan pada 9.30 malam.

Beliau berkata, kesemua individu berusia lingkungan 20 hingga 55 tahun itu terdiri daripada 24 lelaki dan 12 wanita tempatan serta sembilan wanita warga asing.

“Mereka dikompaun mengikut Peraturan 17(1) Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 manakala kes disiasat mengikut Seksyen 6(2) Enakmen Negeri Johor.

“Pelanggan dikompaun sebanyak RM5,000 seorang manakala dua penjaga premis itu dikenakan kompaun RM25,000,” menurutnya dalam kenyataan pada Sabtu.- Bernama

Artikel Berkaitan: