Bayi tujuh bulan antara empat PATI ditahan

PATI bersama bayi berusia tujuh bulan yang cuba keluar dari negara ini ditahan di kawasan kebun kelapa sawit di Tanjung Adang pada Jumaat.
PATI bersama bayi berusia tujuh bulan yang cuba keluar dari negara ini ditahan di kawasan kebun kelapa sawit di Tanjung Adang pada Jumaat.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Empat pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia termasuk seorang bayi berusia tujuh bulan gagal keluar dari negara ini secara haram selepas mereka ditahan di kawasan kebun kelapa sawit di Tanjung Adang di sini, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kesemua PATI yang ditahan itu terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita serta seorang bayi lelaki.

Katanya, tangkapan itu dibuat hasil daripada pemerhatian sepasukan anggota polis Iskandar Puteri ke atas sebuah kereta yang masuk ke dalam kawasan kebun kelapa sawit, mendapati seorang lelaki disyaki tekong darat sedang menunggu PATI tersebut.

"Tiga lelaki tempatan dipercayai sebagai 'transporter' (pengangkut) dan seorang tekong darat yang bertindak membawa keluar kesemua PATI melalui jalan yang tidak diwartakan turut ditahan.

"Hasil siasatan awal mendapati, 'transporter' tersebut mengenakan bayaran RM2,000 ke atas setiap PATI terbabit," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Menurut Dzulkhairi, polis turut merampas sebuah kereta, serangkai kunci, lima telefon bimbit pelbagai jenama dan wang tunai RM5,000.

"Hasil semakan mendapati salah seorang 'transporter' terbabit mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau. Kedua-dua 'transpoter' dan seorang tekong darat berkenaan ditahan mengikut Akta SOSMA," katanya.

Artikel Berkaitan: