Keputusan rasmi SPR: BN enam, PH dua, PN satu

No Image Caption
A
A
A

MELAKA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Tanjung Bidara, Ayer Limau, Merlimau, Taboh Naning, Durian Tunggal dan Lendu milik Barisan Nasional (BN) setakat jam 9 malam.

Pakatan Harapan (PH) pula disahkan menang di DUN Ayer Keroh, Kota Laksamana sementara Perikatan Nasional (PN) disahkan memiliki satu kerusi iaitu DUN Sungai Udang.

Keputusan itu dipaparkan pada skrin di Pusat Media SPR, Menara Persekutuan sebentar tadi.

Keputusan penuh dijangka diperoleh dalam masa terdekat dan akan diumumkan dalam sidang media malam ini.

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my

Artikel Berkaitan: