X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 28 Jun 2022

29 kertas siasatan dibuka sepanjang PRN di Melaka Tengah

Afzanizar (tengah) melakukan lawatan ketika proses pengundian PRN Melaka di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Minyak 2, Melaka pada Sabtu.
A
A

MELAKA - Polis membuka 29 kertas siasatan atas kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 serta Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 (Akta 342) sepanjang proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di daerah Melaka Tengah setakat Jumaat.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Pemangku Senior Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, kertas siasatan dibuka membabitkan kesalahan berunsur fitnah dan peraturan berkaitan prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Beliau berkata, daripada 29 kertas siasatan yang dibuka, sebanyak 10 kertas siasatan telah dirujuk ke pejabat pendakwa raya, manakala selebihnya dalam proses melengkapkan siasatan.

"Setakat ini kita (Polis Melaka Tengah) berpuas hati dengan proses perjalanan PRN sehingga ke hari pengundian pada hari ini.

"Tiada pelanggaran SOP yang berlaku hari ini dan kesemuanya dalam keadaan yang terkawal," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, pihaknya telah bersiap sedia dari awal bagi segala kemungkinan sekiranya berlaku pelanggaran daripada segi protokol kesihatan awam atau menggugat ketenteraman awam.

Afzanizar melakukan lawatan ketika proses pengundian PRN Melaka di Sekolah Kebangsaan (SK) Krubong, Melaka pada Sabtu.
Afzanizar melakukan lawatan ketika proses pengundian PRN Melaka di Sekolah Kebangsaan (SK) Krubong, Melaka pada Sabtu.

Katanya, kepatuhan calon dan pengundi di daerah pada hari pengundian berada pada tahap yang memuaskan.

"Hasil pemantauan yang dilakukan juga mendapati kebanyakan calon dan pengundi mematuhi SOP ditetapkan.

"Selain itu juga, buat masa ini pihak polis tidak ada terkesan dengan sebarang isu melibatkan kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954," ujarnya.

Afzanizar berkata, dari sudut ketenteraman awam, pihaknya juga tidak ada menerima sebarang laporan berkaitan insiden di pusat mengundi atau apa-apa insiden yang menggugat ketenteraman awam yang melibatkan proses pengundian.

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!