X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 24 Januari 2022

Gangguan air: Ujian kualiti di Kolam Air Sime UEP

A
A

KUALA LUMPUR - Ujian kualiti air sedang dijalankan di Kolam Air Sime UEP di Kampung Kenangan, Puchong setakat jam 6 petang Sabtu bagi memastikan air terawat memenuhi piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, setelah air diyakini bersih dan selamat, bekalan akan mula disalurkan kepada pengguna terjejas di kawasan USJ 1 hingga USJ 27 di Wilayah Petaling secara berperingkat untuk kegunaan harian.

Air Selangor akan terus menggerakkan bantuan bekalan air melalui lori-lori tangki ke kawasan yang terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

"Pengguna diharap dapat mematuhi penjarakan fizikal dan sentiasa memakai pelitup muka semasa mengambil bekalan air daripada lori-lori tangki ini,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Gangguan bekalan pada Sabtu disebabkan masalah teknikal 'air lock' atau kunci udara pada paip agihan utama yang menyalurkan air ke Kolam Air Sime UEP. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!