X

Kindly register in order to view this article
!

Pinjaman tertangguh kerana pelajar lewat

Aminolhuda (tengah) bersama hampir 300 guru sekolah agama daerah Segamat di Dewan Masjid Segamat, semalam.
A
A

SEGAMAT - Kelewatan sebahagian peminjam menyerahkan keputusan pelajar kepada institusi masing-masing menjadi faktor proses pengagihan wang pinjaman Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) tahun ini tertangguh.

Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri, Aminolhuda Hassan berkata, penangguhan pinjaman itu bagaimanapun hanya melibatkan sebahagian IPT yang mana terdapat kelompok pelajar yang lewat menyerahkan keputusan mereka.

Katanya, di pihak beliau serta YPJ sendiri, peruntukan pinjaman itu telah pun ditetapkan sejak daripada awal mengikut kadar peminjam di setiap IPT.

“Kami ada terima maklumat berhubung kelewatan sebahagian pelajar menerima wang pinjaman YPJ bagi tahun ini. Bagaimanapun, ia berlaku bukan disebabkan masalah atasan atau sebagainya, namun ia berpunca akibat pengurusan IPT yang mengambil sedikit masa memproses dokumen peminjam.

“IPT mengalami kelewatan memproses data ekoran sebahagian kecil peminjam ini yang lambat menyerahkan keputusan pelajar. Maka, pihak institusi pula terpaksa tunggu semua peminjam ini serahkan dulu maklumat tersebut kemudian barulah mereka dapat lengkapkan proses itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan perasmian Seminar Pendidikan Islam Negeri Johor sempena Hari Keputeraan Sultan Johor di Dewan Masjid Segamat, semalam.

Hadir sama, Pegawai Daerah Segamat, Abdul Rahman Salleh dan Kadi Daerah Segamat, Baharin Jalal.

Menurut Aminolhuda, bagi mengelakkan pinjaman itu terus tertangguh, pihak pengurusan IPT juga boleh menghantar secara terus senarai peminjam kepada YPJ bagi memastikan peruntukan itu sampai dengan segera kepada golongan berkenaan.

“Prosedur pengagihan wang diserahkan YPJ kepada IPT dan pengurusan IPT ini akan agihkan kepada peminjam.

“Kami di pihak kerajaan negeri akan terus memastikan kebajikan penuntut terjamin dan oleh demikian, bantuan seperti pinjaman bersesuaian ini tidak akan diketepikan,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!