Kembali kepada matlamat penubuhan GLC

Muhammad Sanusi
Muhammad Sanusi
A
A
A

SUNGAI PETANI - Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri ini digesa melakukan pembetulan dalaman supaya budaya 'kartel' membolot projek oleh ahli tertentu tidak terus berlaku.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pengurusan tertinggi GLC perlu membuat perubahan dan melihat kembali matlamat penubuhan sebenar iaitu membantu lebih ramai usahawan bumiputera dan bukan mementingkan budaya kartel.

"Betulkan diri kenapa kita diwujudkan dan apa matlamat kita sebenarnya. Kalau orang yang sama sahaja, orang lain tak boleh masuk (projek), itu sudah lari daripada matlamat penubuhan GLC," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pembukaan Tapak Sukan Lasak Arasniaga Extreme Park (Anex) dan Offroad Challenge 2021 di Sungai Toh Pawang, Bedong di sini, pada Sabtu.

Muhammad Sanusi (tiga dari kiri) ketika merasmikan pembukaan Tapak Sukan Lasak Arasniaga Extreme Park (Anex) di Sungai Toh Pawang, Bedong pada Sabtu.
Muhammad Sanusi (tiga dari kiri) ketika merasmikan pembukaan Tapak Sukan Lasak Arasniaga Extreme Park (Anex) di Sungai Toh Pawang, Bedong pada Sabtu.

Muhammad Sanusi berharap, pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh memberi perhatian kepada budaya berkenaan.

"Saya namakan kartel supaya nampak ganas, bukanlah maksud saya kegiatan (jenayah) berbahaya seperti tembak-menembak, bukan itu saya maksudkan.

"Dalam perniagaan apabila kamu masuk dan lekat di situ orang lain tak boleh tembus...mungkin kerana pandangan mereka sudah ada orang yang berpengalaman, untuk lebih selamat beri (projek) kepada dia saja, tak ada peluang kepada orang lain," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian sebelum ini melaporkan kerajaan Kedah mengisytiharkan 'perang' terhadap kartel dalam syarikat GLC yang memonopoli atau membolot tender projek di Kedah.

Muhammad Sanusi berkata, beliau mendapati kartel dalam GLC boleh berlaku di mana-mana sahaja yang boleh memberi keuntungan.

ARTIKLE BERKAITAN: Kedah isytihar 'perang' terhadap kartel projek GLC