Penerima Sinovac paling tinggi pesakit kategori 4, 5

Penerima Sinovac paling tinggi pesakit kategori 4, 5
Penerima Sinovac paling tinggi pesakit kategori 4, 5
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendedahkan majoriti pesakit kategori empat dan lima Covid-19 dalam kalangan individu divaksin yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dari Minggu Epidemiologi (ME) Ke-35 hingga 45 adalah penerima vaksin jenis Sinovac.

Khairy menerusi Twitternya berkata, data kemasukan mingguan kategori empat dan lima ke hospital tersebut menunjukkan peningkatan ketara bagi penerima vaksin Sinovac berbanding Pfizer dan AstraZeneca.

"Disebabkan itu, kami mahu anda mengambil apa sahaja dos penggalak yang ditawarkan," katanya.

Beliau berkata, sela masa bagi pemberian dos penggalak untuk penerima vaksin primer jenis Sinovac lebih pendek berbanding vaksin jenis lain.

"Mengapa sela (masa) dos penggalak yang lebih pendek untuk Sinovac iaitu tiga bulan berbanding Pfizer atau AstraZeneca (enam bulan)?

"Walaupun Sinovac berkesan, terdapat bukti keberkesanannya berkurangan lebih cepat," katanya menerusi Twitter pada Sabtu.



Artikel Berkaitan: