Kawasan riadah didakwa terbiar, daif

Chamil berkongsi keadaan taman riadah dan peralatan yang didakwanya tidak diuruskan dengan baik melalui laman sosialnya. - Foto FB Chamil Wariya
Chamil berkongsi keadaan taman riadah dan peralatan yang didakwanya tidak diuruskan dengan baik melalui laman sosialnya. - Foto FB Chamil Wariya
A
A
A

SHAH ALAM - Kawasan riadah yang didakwa terbiar berdekatan Balai Polis Mutiara Damansara memerlukan perhatian pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Dr Chamil Wariya berkongsi keadaan itu di Facebook beliau pada Sabtu dan berharap kemudahan awam berkenaan dapat dibaiki kerana boleh memberi manfaat kepada penduduk.

Chamil mendakwa, kawasan taman riadah yang luas itu terletak di kawasan strategik namun kemudahan peralatan tidak diuruskan dengan baik oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Taman riadah yang terbiar ini terletak bersebelahan dengan Balai Polis Mutiara Damansara. Berada dalam keadaan amat daif. Tidak diurus dengan betul oleh Majlis Perbandaran (Bandaraya) Petaling Jaya.

"Ada taman permainan kanak-kanak dan peralatan untuk orang dewasa bersenam. Tidak dapat digunakan. Kalau dipulihkan bolehlah penduduk Mutiara Damansara beriadah di sini.

"Tempatnya luas dan kedudukannya strategik. Mohon Datuk Bandar MBPJ tengok-tengok sikit dan baiki keadaan taman tersebut," catat Chamil di laman sosial itu.

Artikel Berkaitan: